Roti Tamat Tempoh? Ini 7 Langkah Mudah Jadikan Roti Sebagai Baja Tanaman.

Baja merupakan unsur yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali diberikan kepada tanah walau pun ada petani yang meletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua kategori  iaitu baja asli dan baja kimia. Baja Asli atau Baja Organik (Organic ferlitizer) mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup. Baja kimia (Chemical fertilizer) pula adalah dipanggil sebagai baja tidak organik atau baja buatan yang diperbuat dari bahan bukan organik dan mengandungi bahan-bahan kimia tidak organik atau galian-galian.
Banyak jenis baja yang boleh diperolehi di pasaran sama ada dalam botol kecil atau dalam gelen bersaiz besar di mana berfungsi untuk menambah kesuburan dan kualiti tanaman anda. Selain menggunakan baja jenis felet atau bebola kecil kita juga boleh mempelbagaikan penggunaan baja untuk keputusan yang maksimum, contohnya baja booster buatan sendiri. Lagipula ianya jimat dan senang dibuat. Booster baja mudah diserap oleh daun yang disembur padanya menyebabkan daun tanaman lebih hijau, lebar dan sihat. Berikut adalah panduan dan langkah-langkah membuat booster dari roti (bread):
Alatan yang diperlukan:
 
1. Botol mineral 1.5 liter
 
2. Alat penapis  (diguna selepas seminggu penjerukkan bahan)
 
3. Botol mineral 1.5 liter yang baru atau bekas yang sesuai.
 
4. Bekas spray atau alat penyembur.

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 1 keping roti (atau apa-apa jenama).Boleh juga menggunakan roti yang sudah tamat tempoh.
2. Air tanpa-klorin 1.4 liter
Baja Roti

 

Cara penyediaannya baja roti:

1. Sediakan air bersih tanpa klorin, guna air hujan atau air kolam.

Namun jika menggunakan air paip berklorin, pastikan direhatkan air tersebut dalam baldi selama dua hari pada cahaya matahari atau ditempat terbuka barulah digunakan.

2. Carik-carikkan roti pada cebisan kecil dan dimasukkan ke dalam botol yang disediakan.

3. Seterusnya tambah jumlah air ke dalam botol tetapi jangan terlalu penuh. Tinggalkan ruang kira-kira 2 inci untuk ruang udara dan gas.

4. Tutup botol dan goncang botol tersebut seketika dan simpan di tempat selamat untuk penjerukan selama 7 hari.

5. Setiap 2 atau 3 hari diminta untuk membuka penutupnya agar gas dapat dibebaskan. Apabila gas terkumpul dengan banyaknya di dalam botol menyebabkan berlaku letupan dan juga mengalami masalah pada masa membuka tutup botol pada hari ke-7.

6. Anda boleh mengelak masalah ini dengan menebuk penutup botol ditengahnya untuk membebaskan gas yang dihasilkan.

7. Selepas 7 hari, booster roti anda sudah selesai. Tapis booster roti anda untuk mengasingkan sisa roti yang tidak hancur dan simpan booster roti anda dalam bekas yang lain. Dengan ini anda sudah boleh menggunakan booster anda untuk tanaman anda.

Cara penggunaannya ada dua cara pertama ialah masukkan 1 tutup botol booster roti dengan 100 ml air, kacau seketika. Cara kedua, tidak perlu tambah air atau apa-apa. Masukkan ke dalam bekas spray atau alat penyembur dan semburlah pada tanaman anda secara merata dan keseluruhan pokok, daun, batang, ranting dan pangkal pokoknya. Boleh disembur pada setiap hari, sekali dalam 2 hari sekali dalam 4 hari atau seminggu sekali. Terpulang pada anda mana masa yang sesuai untuk anda.
Penyemburan harus dilakukan pada waktu pagi atau waktu petang agar dapat mengurangkan masalah sampingan yang mungkin dihadapi pada tanaman anda. Jika hujan berlaku, sembur semula tanaman anda untuk keputusan yang memuaskan.
Selamat Mencuba!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*