Resepi Sup Cendawan Penuh Berkrim

Bahannya:

1000ml air
500 ml susu segar
1 tin cendawan butang di cincang
21/2 ulas kiub ayam
1/2 cwn tepung gandum dicampurkan dengan 1 cwn air
sedikit garam
sedikit perasa,
sedikit serbuk lada hitam utk menghidang( jika suka)

Caranya..

1.     Masukkan 1000ml air kedalam periuk.Panaskan sekejap.
2.     Bila dah mula mendidih masukan 500 ml; susu segar berserta kiub ayam.
3.     Dengan api yang perlahan biarkan susu mendidh sebentar dan kiub ayam larut.
4.     Bila susu dah mula mendidih tambahkan tepung yang telah dicampurkan dengan 1 cwn air tadi.
5.     Kacau rata tepung agar bersatu dengan susu..Tambahkan cendawan yang telah dicincang tadi.
6.     Perlahankan api biar bahan mereneh dan memekat diatas api.
7.     Bila bahan dah memekat, tambahkan sedikit garam serta sedikit perisa ajinomoto.
8.     Biarkan mereneh sebentar .Kacau selalu.Bila dah memekat dan sesedap rasa  bolelah
dihidangkan
9.     Taburkan sedikit serbuk lada hitam diatasnya jika suka ketika menghidangnya.

 

kredit : secuit rasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*