4 Langkah Mudah Menyediakan Roti Canai

Selain nasi lemak, roti canai merupakan juadah sarapan pagi paling popular yang mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Maka tidak hairanlah jika hidangan ini menjadi menu penarik utama di kedai makan dalam negara ini. Sebut sahaja, roti kosong, roti telur, roti bom, roti kahwin dll, tentu ada dalam senarai menu makanan.

 

Bayangkan betapa nikmatnya makan roti canai panas yang baru dimasak. Selain roti kosong biasa, boleh juga di ‘transform’ menjadi roti telur, roti cheese, roti bawang dan sebagainya. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Minyak sapi secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, minyak masak, susu pekat dan garam. Gaul rata.

2. Masukkan air secukupnya dan uli sehingga doh menjadi kental dan lembut.

3. Bulatkan doh sebesar bola golf dan lumurkan dengan minyak sapi. Perap 4 jam barulah ditebar.

4. Masak diatas kuali dan boleh dinikmati bersama kuah kegemaran.

 

Peringatan : Doh perlu disediakan lebih awal untuk ianya mengembang. Disarankan untuk membuat doh sehari lebih awal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*