Resepi Otak-otak

Resepi Otak-Otak Ikan ala Johor

Bahan-Bahan:

3 keping ikan tenggiri atau ikan merah – diambil isinya sahaja dan dicincang halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 batang cili merah – dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering – direndam hingga lembut dan dikisar halus
4 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
3 biji buah keras – dikisar
1 cm halia – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 cm kunyit hidup – dikisar
175 ml pati santan
garam secukup rasa
20 helai daun kelapa
Lidi secukupnya

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.

2. Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya

3. Tunggu sehingga kuah sejuk. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi.

4. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.

5. Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar.

6. Bakar kedua-dua belah sehingga masak.

 

Sumber : resepi bonda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*