Resepi Nasi Ayam Sedap

Nasi Ayam ialah salah satu daripada hidangan paling popular dalam budaya Masyarakat Cina  di Malaysia. Daripada Nasi Ayam Hainan yang terkenal sehinggalah ke ayam kukus, ayam panggang dan ayam barbeku, nasi ayam di Malaysia bukan sahaja tersedia di kedai kopi Cina atau di restoran atau di gerai tepi jalan, tetapi juga di cawangan restoran serta cawangan F&B khusus. Kebanyakan Nasi Ayam dihidangkan dengan hirisan timun, biasanya dihidangkan dengan sos cili buatan sendiri dan halia atau bawang putih yang ditumbuk serta kicap soya pekat. Terdapat juga pelbagai jenis nasi, termasuk ‘nasi berminyak’ beraroma dan lazat yang berwarna kuning. Pada artikel kali ini, saya ingin kongsikan resepi nasi ayam yang mudah untuk dibuat di dapur anda sendiri.

Resepi Nasi Ayam Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – di potong 8
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk halus
  • 2 cm halia – di tumbuk halus
  • sos tiram
  • kicap cair
  • kicap manis
  • madu
  • minyak bijan

Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • garam
  • 2 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam
  • susu full cream
  • garam
  • serbuk ayam
  • gula
  • bawang goreng

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

  • air rebusan ayam
  • jeruk kubis
  • serbuk ayam
  • garam
  • bawang goreng
  • irisan daun sop

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara masak ayam:

  • Kisar bawang putih dan halia, lalu perap ayam dengan bahan kisar tersebut selama 30 minit.
  • Panaskan air sampai mendidih di dalam periuk dan masukkan ayam tadi. Perlahankan api sampai ayam menjadi setengah masak.
  • Sambil menunggu, anda siapkan bahan perap. Campurkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan dalam satu wadah.
  • Kalau ayam sudah siap, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  • Dinginkan ayam kurang lebih 1 jam.
  • Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  • Setelah ayam masak, angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  • Ayam sudah siap dipotong dan dihidang.

Cara buat nasi ayam:

  • Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  • Masukkan mentega, tumis bawang putih, dan halia yang telah dikisar, sambil itu masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam seketika.
  • Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam dan serbuk ayam dan gula untuk mengikat rasa.
  • Tutup api dan biarkan mendidih, jika sudah tuang ke dalam beras tadi.
  • Lepas nasi masak, tabur bawang goreng.
  • Nasi ayam siap disantap.

Cara buat sup nasi ayam:

  • Air rebusan ayam yang semula di masak lagi dan campurkan jeruk kubis, garam, dan serbuk ayam.
  • Bubuh dengan irisan daun sop dan bawang goreng saat dihidangkan.

Cara buat sos nasi ayam:

  • Campurkan cili merah, halia dan bawang putih, masak di dalam kuali.
  • Tambahkan air rebusan ayam, lalu masukkan gula, garam dan cuka secukupnya.
  • Masak dengan api kecil hingga likat. semua bahan sos di atas.
  • Cara buat kuah kicap nasi ayam:
  • Air kicap dari hasil perap ayam sebelumnya, dimasak lagi di dalam kuali hingga mendidih.
  • Angkat dan letakkan di mangkuk.

Sebagai petua terakhir, pastikan ayam tidak direbus lama sangat kerana ayam akan hancur apabila menggoreng.

 

Selamat Mencuba!

sumber : myresepi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*