Nak Ubati Luka Selepas Bersalin Dengan Cepat? Amalkan Petua Ini

Luka bersalin terbahagi kepada dua jenis, iaitu episiotomi dan caesarean. Episiotomi bermaksud luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Manakala, caesarean bermaksud luka akibat pembedahan. Kedua-dua jenis luka ini memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak mengakibatkan jangkitan kuman.

Bagi para ibu yang baru sahaja bersalin, berikut merupakan petua yang mudah untuk menyembuhkan luka tersebut dengan cepat:

1. Ambil segenggam daun jambu batu muda dan rendam dalam air sehingga mendidih. Setelah mendidih sehingga suam, gunakan air ini untuk membasuh di tempat luka bahagian sulit. Ulangi dua atau tiga kali sehari hingga luka betul-betul sembuh.

2. Ikan haruan dipotong mengikut bahagian dan dicuci sehingga bersih. Rebuskan ikan tersebut bersama halia, campurkan dengan beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Jadikan lauk santapan bersama nasi atau boleh juga dibuat sup.

3. Rebuskan gamat dengan air yang banyak sehingga betul-betul mendidih. Kemudian sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka akibat bersalin.

4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu sekaligus dengan air. Rebus kesemua bahan yang dicampur tadi sehingga mendidih. Biarkan suhu air dahulu sehingga suam, kemudian minum air rebusan tersebut. Amalkan cara tersebut setiap hari.

5. Rebuskan air daun pegaga dan minum air rebusan tersebut setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat sebagai ulam. Boleh dimakan bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

 

Sekian sahaja perkongsian tips untuk meyembuhkan luka dengan cepat. Semoga diamalkan 😀

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*