Makanan Yang Tidak boleh Diambil Ketika Berpantang Selepas Bersalin.

Bagi mereka yang baru bersalin, banyak jenis makanan yang tidak boleh diambil ketika pantang selepas bersalin. Wanita selepas bersalin perlu berpantang bagi bahagian dalaman meraka agar kesihatan mereka tidak terjejas selepas tempoh berpantang.

Makanan makan yang disenaraikan tidak elok diambil ketika tempoh berpantang seperti sayur yang menjalar serta buah-buahan yang berasa masam bersifat angin.

Makanan seperti kekacang pula boleh membuat alahan dan kegatalan pada kawasan jahitan.

Benda-benda yang diaawet pula menyebabkan akan menyebabkan keputihan, berbau hanyir serta darah nifas tidak keluar dengan lancar.

 

Makanan Yang Tidak boleh Diambil Ketika Berpantang Selepas Bersalin.

#1 Buah – Buahan yang sejuk dan berangin

Senkuang, mangis, sis kelapa, ubi keledek, petai, cempedak, nenas, pear, jambu air, nangka, tebu, tembikai, rambutan durian, pisang, duku, buah berangan dan sebagainya.

Kalau nak senaraikan memang akan panjang list ni. Jadi sebagai kesimpulan buah-buahan tempatan tidak digalakkan kerana berangin.

#2 Sayur yang menjalar, sejuk dan dingin.

Pucuk ubi kayu, labu, terung, timun, keladi, kubis kangkung, rebung, pucuk paku pakis, kacang botol ataupun kacang kelisa.

#3 Makanan jenis kekacang

Produk kacang soya (tempe, tauhu, taufufah), taugeh, kacang hijau, kacang kuda, barli, kacang tanag dan jacang merah.

#4 Daging dan ayam

Makan ini anda boleh makan jika anda hiris dengan nipis dan bakar sehingga kering. Ini bagi memastikan dagng dan ayam anda dimasak sepenuhnya.

#5 Makanan laut

Ikan masin sebenarnya tidak memunyai banyak khasiat disamping menyebabkan keputihan, melemahkan urat saraf dan menyebabkan darah nifas mengeluarkan bau hanyir.

Ikan jenis berbisa pula akan menyebabkan darah ibu turun. Bagi udang dan sotong pula akan menyebabkan lalahan dan kegatalan di kwasan jahitan.

#6 Minuman

Minum minuman sejuk, berais, berkarbonat dan berkafein tinggi.

#7 Makanan lain

Keju, nasi sejuk atau dingin, budu, laksa dan mee kuning.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*