Makan 3 Biji Buah Kurma Dan Alami 5 Perubahan Ini Pada Badan Anda

Assalam dan salam ramadhan buat semua pembaca artikel MAMAOSEM. Seperti yang sedia maklum, ramai yang mengetahui secara umumnya akan baiknya memakan kurma tidak kira waktu sahur atau berbuka. Artikel kali ini akan menerangkan secara terperinci akan khasiat kurma yang kita tidak ketahui sebelum ini, enjoy!

5 Khasiat Kurma Pada Badan Anda

Sebagai pengenalan, kurma mengandungi pelbagai kandungan vitamin dan mineral. Ianya juga sumber pembekal tenaga, gula dan serat (fibre). Antara khasiat-khasiat yang boleh didapati dengan pengamalan kurma adalah:
1. Membantu Meningkatkan Sistem Penghadaman Yang Sihat

Kurma mengandungi sekumpulan serat larut, di mana ianya adalah penting untuk kesihatan sistem penghadaman kerana ia menarik air ke dalam saluran penghadaman. Ini membantu melegakan sembelit. Kalium yang terdapat dalam kurma juga boleh merawat sakit perut dan cirit-birit (diarrhea). Ianya juga membantu mengimbangi saluran pencernaan yang dilambangkan oleh warna coklat mereka (makanan coklat sentiasa baik untuk sistem pencernaan). Kurma juga mengukuhkan bakteria baik dalam perut!

2. Merawat Dan Mencegah Anemia

Anemia adalah isu biasa di kalangan kebanyakan orang. Oleh itu, pengamalan kurma adalah penting kerana sumber zat besi yang terbaik, seterusnya membantu merawat anemia. Anemia boleh membuatkan pesakitnya sentiasa dalam keletihan. Tingkatkan zat besi kalian dengan pengambilan kurma yang kerap!

3. Mengekalkan Kesihatan Tulang, Sistem Peredaran Darah Dan Imunisasi

Kurma mengandungi zat seperti magnesium, manganese, dan selenium. Diet yang kaya dengan selenium dikenali sebagai salah satu cara untuk mencegah kanser. Zat-zat mineral ini juga perlu untuk menjaga kekuatan tulang dan peredaran darah yang sihat. Jagalah tulang anda dengan menambah kurma di dalam diet. Rasanya sungguh enak dan hebat!

4. Penambah Tenaga

Kurma juga kaya dengan gula semula jadi. Ini termasuk fruktosa, sukrosa dan glukosa. Ini menjadikan ianya snek petang yang sempurna jika seseorang memerlukan rangsangan tenaga yang segera tanpa perlu mengambil energy bar. Serat dalam kurma juga menyimpan bekalan tenaga sekiranya anda melakukan aktiviti yang berat.

5. Membantu Dalam Proses Jantung Yang Sihat

Kalium yang terkandung dalam kurma membantu mengurangkan risiko strok. Ianya juga boleh menurunkan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) seseorang.

 

Kesimpulannya, memakan buah kurma boleh menurunkan kolesterol yang tidak diperlukan dalam badan dan menjaga organ jantung dan hati dengan selamat! Berbukalah dahulu dengan kurma kemudian barulah dengan makanan berat. Renung-renungkan dan selamat beramal.

MAMAOSEM!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*