Mak Mentua Tegur Beras Berkutu? Gunakan 5 Langkah Mudah Ini

 

Hi reader!

Beras berkutu memang merunsingkan . Selain susah dibersihkan, tentulah malu jika mak mentua menegur. Usah bimbang, anda boleh mencuba beberapa langkah mudah ini.

Elakkan beras berkutu dengan 5 langkah mudah ini :

Daun Asam Jawa
  1. Gunakan daun asam jawa.

Masukkan 2 atau tiga helai daun asam jawa yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras. Sesekali bukalah tempat simpanan beras agar udaranya tidak

terperangkap dan beras tidak berbau hapak.

Daun Limau Purut
  1. Daun Limau Purut

Campurkan 50g daun limau purut yang telah ditumbuk dengan setiap 10kg beras. Dengan ini beras anda akan bebas bau hapak.

Daun belimbing buluh
  1. Daun belimbing buluh

Masukkan dua atau tiga helai daun belimbing buluh yang sudah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat simpanan beras

Cili Kering
  1. Cili Kering

Masukkan dua atau tiga biji cili kering ke dalm tempat simpanan beras. Bau menyegat daripada cili kering dapat mengusir kutu. Jangan lupa untuk menutup tempat simpanan beras.

Kulit Kayu Manis
  1. Kulit Kayu Manis

Selain bermanfaat untuk sakit gigi, kulit kayu manis juga berupaya untuk mengusir kutu beras. Cuma perlu masukkan kulit kayu manis ke dalam simpanan beras. Aromanya cukup untuk menghalau kutu beras daripada bermaharajalela.

 

Anda ada petua lain untuk dikongsikan? Bolehlah tinggalkan pesanan atau komen dibawah.

Selamat Mencuba!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*