Lelaki Akan Rasa Sakit Hati Dalam Diam Apabila Wanita Melakukan 5 Perkara Seperti Ini

Dalam aspek menjaga hati dan perasaan ini, tidak sah lagi wanita perlu dijaga dengan lebih bagi tidak menguris hati dan perasaan mereka. Namun perempuan juga harusnya mengambil berat dalam menjaga hati dan perasaan lelaki agar dapat mengeratkan lagi kasih sayang sesama. Walaupun lelaki ini mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental tapi dia juga manusia biasa yang perlu dijaga dari pelbagai aspek.

 

5 perkara yang boleh melukakan hati lelaki yang dilakukan oleh wanita.

 

1. Menceritakan keburukannya kepada kawan-kawan yang lain

Lelaki ini sebenarnya senang terguris apabila seorang wanita bercakap pasal keburukan diri lelaki itu kepada kawan-kawan yang lain, lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan lelaki itu . Lelaki ni tak sama dengan perempuan yang terus nampak rasa terguris itu, lelaki nampak ok tapi sebenarnya rasa sakit hati itu ada.

 

2. Minta untuk ubah diri

Semua wanita sebenarnya inginkan perubahan yang baik untuk lelaki. Sikap ini nampak sangat kepada semua wanita. Sebanarnya pada seorang lelaki mereka akan rasa sakit hati kerana seakan mereka tidak dihargai, ini kerana lelaki itu mampu mengubah diri mereka melalui perubahan yang ketara pada wanita yang menyuruh lelaki itu berubah. Cara terbaik adalah dengan cara mengubah lelaki ke arah yang baik sebagaimana wanita itu mengubah diri dengan pengetahuan lelaki.

 

3. Queen control 

Kita semua tahu bahawa lelaki in i adalah pemimpin bagi wanita, tapi apabila sebaliknya iaitu wanita yang memimpin lelaki atau mengambil tugas sebagai lelaki. Maka lain la jadinya, lelaki akan rasa sakit hati dalam diam tanpa pengetahuan seorang wanita bagi tidak menguris hati wanita, namun hakikatnya lelaki itu sendiri telah terguris dengan kelakuan wanita tersebut. Kebanyakkan lelaki ini akan turut kata dengan wanita yang mereka sayangi, tapi jangan sampai dijadikan seperti mesin yang hanya menerima arahan. Bagi wanita banyakkan ayat-ayat yang manis apabila meminta atau menyuruh lelaki bagi tidak menguriskan perasaan. Bila perempuan minta tolong dengan cara yang lembut dan penuh kasih sayang jarang sekali lelaki menolaknya.

4. Membandingkan dengan orang lain

Dalam aspek membandingkan dengan orang lain, lelaki ataupun perempuan sama saja kedua-duanya mempunyai sikap sebegini. Lelaki dan perempuan semuanya pasti tidak suka apabila mereka dibandingkan dengan orang lain. Sekalipun tahap kesabaran kita tinggi namun ada hadnya. Orang yang selalu membandingkan seseorang dengan orang lain, orang itu tidak akan menemui kebahagiaan.

 

5. Jangan sibuk dengan handphone

Zaman sekarang ni, tak sah kalau perempuan itu tidak mempuanyai handphone. Rata-rata wanita sekarang mempunyai handphone. Jadi apabila bertemu atau keluar untuk bersama, jangan sesekali sibuk dengan handphone dan dengarkan apa yang hendak dia sampaikan agar dia lebih rasa dihargai. Wanita tidak suka dengan lelaki yang lebih pentingkan handphone daripada dirinya, tapi wanita juga harus ketahui bahawa lelaki juga tidak suka perempuan yang lebihkan atau pentingkan handphone lebih daripada dirinya.

 

kbanyakkan lelaki ini sebenarnya penyayang, tapi kadang lelaki itu hilang rasa sayang terhadap wanita kerana sikap wanita yang tidak disukai. Lelaki juga seperti wanita yang suka pendamkan perasaan sakit hati bagi tidak diketahui agar tidak lagi membesarkan masalah dan kerana menjaga kasih sayang diantara satu sama lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*