Kenapa Kita Perlu Warming-up Sebelum Bersukan

Bagi mereka yang biasa bersukan, warming up adalah satu rutin yang harus anda lakukan sebelum memulakan latihan berintensiti tinggi. Namun begitu, adakah kita tahu kepentingan warming up tersebut.

 

Kenapa kita perlu Warming Up.

  • Mengelakkan kecederaan.

Badan kita juga sama seperti kereta. Kalau awal pagi bangun dan terus jalan, memang kereta tersebut akan semput. Dengan memanaskan engine kereta sebelum jalan, kereta kita akan berjalan lancar. Sama seperti badan manusia. Dengan adanya warming up, kita dapat mengelakkan otot kita terkejut berkerja.

 

  • Mengelak kekejangan otot

Warming up akan melancarkan aliran darah dalam otot kita. Darah membawa oksigen dan elektrolit menyebabkan otot kita berjalan dengan baik. Jika aliran darah kita tidak lancar, maka oksigen dan elektrolit kurang disalurkan dalam badan kita. Oleh sebab itu, kita akan merasa kejang dan prestasti sebenar kita tiak dapat ditonjolkan.

 

  • Menyesuaikan kadar denyutan jantung kita.

Dalam keadan normal, jantung kita akan berdenyut dengan kadar yang lebih rendah dan bila kita bersukan, jantung kita akan berdenyut dengan lebih tinggi. Bagi mengelakkan jantung kita mengalami kejutan dengan tekanan yang dating secara tiba-tiba, kita perlu meningkatkan kadar denyutan secara peringkat.

 

  • Mengurangkan kesan sakit pada badan selepas bersukan.

Kita seringakali merasa sakit badan setelah melakukan aktiviti atau bersukan yang mempunyai intensiti yang tinggi. Dengan warming up, ianya dapat mengurang kesan sakit pada badan kita.

 

  • Meningkatkan prestasi

Darah yang mengalir lancar dalam badan kita akan memberi nutrient yang cukup pada otot menyebabkan otot dapat beraksi pada tahap yang optimum.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*