Kenal Pasti Punca Sembelit

Kenal Pasti Punca Sembelit

Kenal Pasti Punca Sembelit

Setiap orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berbeza. Ada yang dua kali sehari,ada sehari sekali dan ada dua dari sekali. Beberapa faktor yang mempengaruhi kekerapan aktiviti membuang air seperti :

  1. Pemakanan: Pengambilan makanan yang kurang serat menyebabkan najis anda keras.
  2. Minuman: Jika anda mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tekstur najis norma akan terbentuk.
  3. Gaya hidup sihat: Banyakkan aktiviti seperti bersukan akan memudahkan proses membuang air besar dan meningkatkan aktiviti usus.

Namun begitu, tidak semua faktor-faktor diatas menyebabkan sembelit. Sembelit tidak dianggap normal apabila anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah.

Najis berdarah: buasir, tanda kanser usus, polip dan diverticulum (poket di usus besar).

Turun berat badan: Tanda awal kanser usus

Kenaikan berat badan:  Kekurangan hormon kelenjar tiroid menyebabkan usus menjadi lambat. Memasukkan air atau jari buntuk membantu membuang air besar akan memyebabkan luka pada usus besar.

Jika berlaku pertukaran tabiat membuang air besar, ianya adalah sesuatu yang kita perlu beri perhatian. Contohnya sebelum ini kita hanya membuang air besar dua hari sekali dan berubah kepada lima kali sehari atau seminggu sekali dan keadaan itu berterusan selama beberapa minggu, anda dinasihatkan  untuk mendapatkan berjumpa dengan doktor. Sebagai pengtetahuan, pengambilan ubat atau makanan tambahan (suplemen) untuk menyelesaikan masalah sembelit tanpa nasihat doktor adalah memudaratkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*