Kelebihan Ubi Kayu Dalam Tubuh Badan

Ubi kayu atau nama saintifik ‘Manihot esculenta’ adalah salah satu makanan harian bagi kaum pendalaman, untuk pengetahuan kita ubi kayu juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut selera seseorang. Contohnya ubi kayu boleh dimasak dengan cara merebus, goreng, dijadikan bubur dan sebagainya. Satu kelebihan ubi kayu juga ialah ubi kayu boleh di buat sebagai keropok.

 

Kelebihan Ubi Kayu Dalam Tubuh Badan

 

Ada sesetengah orang tidak mengetahui apakah kelebihan ubi kayu ini pada tubuh badan sebenarnya, yang kita tahu ialah memasukkan saja kedalam mulut dan menikmatinya.

 

kelebihan ini selalunya diketahui oleh orang lama iaitu orang-orang kampung sebelum zaman ke modenan ini. Antara kelebihannya ialah seseorang yang makan ubi kayu akan mendapat tenaga yang lebih. sebab tu orang dulu semuanya rajin dan kuat, malahan sikap ini sudah ada dalam diri mereka.

selain itu, kelebihan ubi kayu ini juga adalah membuatkan atau membolehkan seseorang itu cepat rasa kekenyaan walaupun dalam kuantiti yang sedikit iaitu kuantiti bukan seharusnya yang diperlukan dalam tubuh badan.

 

Salah satu kelebihan juga adalah membantu mengurangkan serta menghilangkan sakit perut iaitu cirit birit yang dialami. Ubi kayu ini juga boleh dijadikan ubat untuk membantu mengurangkan keluaran darah pada luka. Caranya ialah ambil ubi kayu yang telah dikeringkan halus dan letakkan pada bahgian luka. Cara ini hanya untuk kesan lukaan kecil dan bukannya untuk luka yang besar.

 

 

Ubi Kayu Hancur dan Ddikeringkan Halus

Semoga artikel ini menambahkan lagi pengertahuan anda tetang kelebihan ubi kayu dalam tubuh badan kita.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*