Kebaikan Epal Hijau Untuk Ibu dan Anak? Jom Baca

Keadaan badan kita digambarkan melalui apa yang kita makan. Secara tidak langsung juga bayi yang dilahirkan membesar dalam kandungan adalah berdasarkan pemakanan si ibu. Setiap makanan yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada bayi dari segi kesihatan terutama yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.

Menurut kajian lepas yang telah dilakukan oleh sekumpulan pakar di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, telah membuktikan ibu hamil yang mengamalkan memakan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti penyakit asma dan alergi setelah dilahirkan.

Hasil daripada kajian tersebut, terbukti bahawa wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilannya dapat mengurangkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37 % dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%. Hal Ini kerana buah epal mengandungi kandungan zat seperti flavonoid yang tinggi serta agen anti oksida yang lain.

Di samping itu, para pengkaji tersebut juga mendapati pengamalan memakan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema. Oleh itu, pihak doktor sangat menggalakkan para ibu yang hamil agar sentiasa mengamalkan diet yang seimbang, iaitu pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan elakkan dari mengambil kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.

Kesimpulannya, para ibu hamil hendaklah jadikan buah epal sebagai menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini. Sekian, terima kasih 😉

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*