Jangan Terlalu Manjakan Anak Anda Dengan Gadjet, Ini Sebabnya Kenapa

Zaman sekarang cara nak manjakan si kecil mudah sahaja, dengan memberi mereka gadjet seperti telefon pintar (smartphone) juga salah satu caranya. Akan tetapi, tahukah anda bahawa terlalu manjakan si kecil ini lebih banyak keburukannya dari kebaikan? Hal ini kerana dengan barang-barang tersebutlah akan membuatkan anak-anak kita mudah mengalami simptom-simptom seperti:

  • Lambat Belajar Untuk Bercakap
    Proses si kecil untuk belajar bercakap akan menjadi lambat sekiranya ibu bapa kurang memberi perhatian sebaliknya ‘menyuruh’ gadjet mereka untuk memberi perhatian kepada anak.
  • Tidak Celik Dalam Perhatian
    Kurang kecekapan dalam pemerhatian terhadap keadaan sekeliling.
  • Mempunyai Masalah Dalam Pembelajaran
    Si kecil akan menghadapi masalah yang besar untuk mempelajari sesuatu yang baru kerana hidupnya selama ini asyik menghadap phone sahaja.
  • Masalah Tidur
    Sukar untuk tidur dan akan bergantung dengan gajet tersebut untuk walaupun sewaktu ingin tidur.
  • Mempunyai Masalah Kerisauan dan Was-Was
    Tidak mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan benda baru.
  • Masalah Kanak-Kanak (Childhood Depression)
    Jangan cakap remaja atau dewasa sahaja yang mengalami masalah ini, kanak-kanak pun boleh terjebak sama. Hal ini disebabkan kurangnya perhatian daripada ibu bapa yang sering memberi gajet mereka sebagai pengganti mereka.

 

Oleh itu, para ibu bapa hendaklah memberi perhatian yang lebih kepada si kecil dan membantu mereka dalam proses tumbesaran mereka. Bukan tak boleh beri mereka gajet, kalau boleh kurangkan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*