Geram dengan Blackhead/Whitehead? Cuba 3 Langkah Mudah Ini

Hi reader!

Monday blues?
Lupakan dengan membaca artikel di mamaosem. Hari ini saya ingin berkongsi tips mudah untuk menghilangkan blackhead/whitehead. Mesti geram kan tengok di cermin. Sebelum anda mengambil langkah memicitnya. Cubalah tips dibawah ini ya!

1. Putih telur

Korbankan sebiji telur untuk diambil putihnya. Kemudian oleskan dimuka. Setelah itu, tampal muka anda dengan tisu (macam masker). Setelah kering, tanggalkan tisu secara perlahan-lahan. Cara ini seeloknya dilakukan sebelum tidur.

2. Baking Soda

Campurkan baking soda dengan air. Anda boleh membuat pencampuran dengann nisbah 3:3 atau mengikut keselesaan anda. Mahu pekat lebihkan soda dan sebaliknya jika ingin cair. Setelah itu, cucilah muka anda menggunakan air suam atau wapkan muka supaya pori-pori terbuka. Lapkan muka dan letaklah campuran tadi ke muka. Biarkan selama 2-3 minit untuk memberi peluang campuran tadi meresap ke wajah. Mulakan urutan dimuka dengan gerakan membulat. Lakukan sehingga anda berpuashati. Sesudah itu, bolehlah membasuh wajah dan lapkan sehingga kering.

3. Sapukan tomato semalaman.

Caranya mudah sahaja. Lenyekkan tomato dan ambil jus untuk dioleskan pada muka. Biarkan semalaman untuk hasil yang yang lebih baik.

Selamat Mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*