Ciri-ciri Anak Yang Menghidap Penyakit Autism

Ciri-ciri Anak Yang Menghidap Penyakit Autism

 

Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyebabkan masalah pada perkembangan saraf. Orang yang menghidap Autism biasanya akan menghadapi masalah dalam berkomunikasi, bersosial dan juga tingjah laku mereka. Selain daripada itu, mereka juga sangat sensitif dan mudah ambl hati

 

Kebiasannya, penyakt ini boleh dikenalpasti pada kanak-kanak pada awal usia 3 tahun. Ini kerana, kanak-kana yang menghidap Autism biasanya lebih suka bersendiri dan kurang peka dengan keadan sendiri seperti mereka berada di dalam dunia mereka sendiri.

 

Penyakit Ausism ini boleh di ubati jika ditangani dengan lebih baik pada awal usia kandungan. Namun demikian, ibu bapa haruslah mengetahui sebab anak mereka mengalami Autism.

 

Sebab-Sebab Penyait Autism.

Penyebab penyakit Autism sebenarnya masih belum diketahui namun berikut merupakan beberapa faktor yang telah dikenalpasti.

  • Faktor genetik : Jika ibu bapa menghidap penyakit Autism, kebarangkalian anak mereka turut menghidap penyakit sama juga semaki tinggi.
  • Anak lelaki lebih berisiko menghidap penyakit Autism berbanding dengan anak perempuan.
  • Kandungan tidak dijaga dengan baik. Merokok dan minum minuman beralkohol ketika mengandung juga meningkatkan risiko anak menghidap penyakit Autism.
  • Kelahiran bayi pramatang.

 

Ciri-Ciri Anak Yang Menghidap Penyakit Autism

  • Kanak-kanak yang menghidap penyakit Autism sangat aktif dan mempunyai banyak agam. Namun begitu, tidak semua kanak-kanak yang menghidap Autism adalah hiperaktif.
  • Perkembangan yang lambat. Sebagai contoh kanak-kanak yang menghidap Autism lambat untuk bercakap berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya.
  • Kurang peka dengan keadan sekeliling. Ciri-ciri ini dapat dilihat pada kanak-kanak yang suka menyendiri berbanding bergaul dengan kanak-kanak lain.
  • Tidak suka berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan.
  • Tidak suka direct contact. Namun terdapat juga kanak-kanak yang menghidap Autism suka dipeluk.
  • Tidak suka cahaya terang.
  • Tidak suka bau yang kuat.

 

Kanak-kanak yang menghidap peyakit ini memerlukan penjagaan rapi daripada ibu bapa agar dapat diatasi diawal usia kanak-kanak. Memnerika makanan yang bernutrisi serta elakkan memberi makanan ringan kepada kanak kanak yang menghidap penyakit ini merupakan langkah awal untuk menangani masalah ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat jika anak anda menghida penyakit ini.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*