Cegah Sebelum Terkena? Kenalpasti Simptom Stroke

Simptom Stroke

Menurut neurologist, dalam 3 jam pertana serangan pertama stroke, mangsa berkemungkinan boleh sepenuhnya jika stroke dapat dikenalpasti dan mangsa diberikan rawatan sewajarnya. Ini bagi mengelakkan kerosakan berkekalan pada saraf.

 

Mengenalpasti Simptom Stroke

 

Anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah sebagai langkah awal untuk mengenal pasti samada orang tersayang anda terdedah kepada serangan stroke atau tidak.

 

1) Senyum

Arahkan mangsa untuk senyum. Jika pipi atau bibir senget atau bibir, mereka berpotensi untuk menghadapi serangan stroke. Pipi atau bibir yang senget/miring menunjukkan mereka berkemi=ungkinan menghadapi masalah saraf. Ini merupakan salah 1 gejala stroke.

 

2) Bercakap

Jika anda mendapati percakapan kedengaran pelat atau asing bunyinya, seperti “telur” jadi “telo”, ini juga merupaka salah satu symptom stroke.

 

3) Angkat Kedua-Dua Tangan

Arahkan mangsa untuk mengangkat kedua-dua tangan secara serentak. Jika mangsa tidak mampu berbuat demikian, ini bermaksud mangsa berkemungkinan mengalami kelumpuhan saraf.

 

4) Mengeluarkan Lidah

Ketika mangsa menjulurkan lidah, perhatikan juka lidah mangsa “bengkok” atau menyimpang kearah lain. Lidah “bengkok” atau menyimpang juga merupakan symptom stroke.

 

Jikalau ada orang terdekat anda yang mempunyai masalah melakukan perkara di atas, segeralah bertemu doctor untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua. Sayangilah orang tersayang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*