Cara Mengurus dan Membasuh Uri Bayi Dengan Betul

Fungsi uri (placenta) semasa dalam kandungan anak:

1. Membekalkan zat bermanfaat untuk bayi dalam perut tu. Darah dari ibu akan mengalir masuk ke bayi melalui uri. Darah yang mengalir tu mengandungi oksigen, glukosa dan zat yang penting untuk perkembangan bayi selama berada dalam perut.

2. Ia juga berfungsi sebagai paru-paru yang membantu sistem pernafasan bayi di dalam kandungan. Melalui uri, bayi mendapat oksigen dan melalui uri la juga bayi membuang karbon dioksida dari tubuhnya.

3. Melalui uri ni juga sumber zat seperti hormon oestrogen dan progesterone yang penting untuk ibu dan bayi dan banyak lagi fungsinya yang lain.

Jadi sebagai tanda penghargaan kita pada jasa uri ni sebaiknya kita cuci dan tanam dengan cara yang mulia. Kalau kita tidak ambil uri yang pihak hospital bagi tu, uri tu akan dianggap sebagai ‘medical waste’ dan akan dibakar. Sanggup ke kita tengok uri bayi kita dibakar macam tu je bersama sisa-sisa hospital yang lain? Untuk hari ni admin akan berkongsi cara-cara yang mudah untuk mengurus uri bayi tersebut.

Cara Mengurus dan Membasuh Uri Bayi Dengan Betul

1. Bawa balik uri tu ke rumah. Kalau terpaksa tunggu lebih 24 jam sebelum boleh bawa balik untuk tanam uri tu, boleh simpan uri tu dalam peti ais ter lebih dahulu supaya uri tu tak membusuk.

2. Beli garam kasar kat kedai. Boleh juga nak pakai limau purut kalau urinya dah agak membusuk. Limau ni berfungsi untuk menghilangkan bau.

3. Bukakan plastik uri tu depan paip air yang mengalir. Basuhkan uri dan darah pada uri tu dengan garam dan limau tadi sehingga darah mengalir tu diyakini hilang kesemuanya.

4. Bungkus balik uri tu dan bawa ia ke tempat kita nak tanam. Pastikan tanah yang kita nak tanam uri tu lembut supaya senang nak cangkul tempat yang nak tanam uri tersebut.

5. Cangkul tanah tu dalam sikit. Ini supaya binatang liar tidak dapat hidu bau uri tersebut. Kalau susah sangat, boleh ganti dengan cari batu besar dan tindihkan batu tersebut atas tempat uri tu ditanam supaya bintang liar tu tak boleh gali balik tanah tu.

6. Masa tanam tidak perlu menghadap kiblat, tak perlu nak baca mantera. Tak perlu nak buat apa-apa pemujaan. Cukuplah dengan bacaan bismillah dan selawat pada Nabi. Cukuplah dengan rasa syukur pada tuhan yang bagi pinjam uri tu sekejap sebagai peneman bayi kita di alam rahim sana.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini, semoga bermanfaat terutama buat bakal-bakal ayah di luar sana ya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*