Burrito Makanan Mexico Yang Menyelerakan. Ini 5 Langkah Mudah Menyediakannya.

Grilled meat and vegetables

Buenas Noches! (Selamat Petang!)

Burrito adalah salah satu makanan yang berasal dari Mexico. Makanan ini merupakan tortilla gandum yang diisi dengan beberapa jenis daging seperti daging lembu atau ayam. Di Amerika Syarikat, isi burrito lebih bervariasi dengan kehadiran nasi, kacang merah, kubis, tomato, sos salsa, guacamole, keju dan sour cream. Ini menyebabkan ukuran burrito menjadi lebih besar. Tortilla gandum tadi biasanya akan dipanggang terlebih dahulu supaya menjadi lebih empuk dan lebih mudah digulung.

Perkataan Burrito dalam bahasa Sepanyol bererti Keldai kecil. Nama ini mungkin diberikan kerana bentuk hujung tortilla gandum yang digulung mirip dengan telinga keldai. Atau mungkin juga burrito mirip dengan kantung yang biasanya dibawa oleh keldai di Amerika Selatan.

Pada artikel kali ini, saya akn berkongsi cara penyediaan burrito yang mudah dan cepat. Tentu anak-anak anda akan suka.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Roti tortilla

2. Burger ayam / daging kisar

3. Mayonis + thousand island sauce

4. Salad

5. Bawang Holland

6. Tomato segar

7. Majerin

Cara Penyediaan :

1.  Panaskan majerin untuk goreng burger ayam. Setelah masak, ketepikan.

2. Dengan mnenggunakan kuali yang sama, gorengkan bawang holland dengan tomato sampai layu. Masukkan sedikit garam dan blackpepper.

3. Potong burger ayam memanjang untuk senang wrap.

4. Wrapkan salad, burger ayam, mayonis + thousand island sauce, bawang + tomato.

5. Panaskan pan untuk bakar wrap tadi.

 

* Anda juga boleh memanaskan roti tortilla terlebih dahulu sebelum wrap semua bahan.

Selamat Mencuba!

 

kredit :hazwan hashim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*