Bersalin Tanpa Koyakan? Ikuti Tips daripada Ibu Muda Ini.

Bersalin merupakan perkara yang mendebarkan bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung.Berikut merupakan tips yang dikongsikan untuk bersalin tanpa koyakan :

1.Berjalan mengelilingi taman atau pasaraya. 

Berjalan boleh dijadikan senaman ringan bagi ibu yang mengandung. Ini kerana senaman ringan ini dapat memperkuat otot semasa bersalin, selain itu, berjalan dapat membantu ibu mengandung lebih sihat dan kurang stress.

2.Download apps contraction timer. 
Untuk memudahkan mengira masa kontraksi, disarankan untuk memuat turun apps contraction timer. Apps ini dapat membantu kita untuk membezakan kontraksi sebenar atau palsu.

3.Banyakkan membaca Doa nabi Yunus 
” Lahailla anta subhanaka inni kuntu minnazalimin “. Apabila rasa sakit yang melampau dan anda tidak dapat membacanya, mintalah suami anda untuk bacakan di telinga. Sekurang-kurangnya kita boleh membacanya dalam hati.

4.Pastikan makan telur separuh masak sebelum pergi berjuang.

Jangan sesekali biarkan perut kosong. Seperti semua sedia maklum bersalin memang memerlukan tenaga yang banyak. Nak push macam mana kalau takde tenaga?

5.Keadaan mengiring 
Jika bukaan belum 10cm tapi rasa sakit macam nak teran. Kawal pernafasan dan duduk dalam keadaan mengiring. Bila dah mengiring boleh la meneran jika sakit menyerang.

6.Positifkan diri. 
Biarpun rasa letih dan tak larat nak teruskan. Kena positifkan diri. Cakap kat diri, Aku boleh! Suami sebaiknya berada disebelah untuk memberi sokongan dan dokongan.

7.Bernafas dengan betul masa meneran. 
Meneran dalam kiraan 1 hingga 10. Ambil nafas dan teran bila sakit. Minta sokongan suami atau ibu.

8.*PENTING!!
Jangan sesekali angkat punggung waktu meneran. Ini penting untuk mengelakkan koyakan.
Tips, pegang kaki dan tengok perut.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*