Bayi Tersedak Susu? Ini 4 Punca dan Cara Mengatasinya.

Situasi bayi tersedak susu merupakan satu situasi yang menakutkan buat ibu bapa, pengasuh mahupun penjaga. Apabila tersedak susu, bayi boleh menjadi tercungap-cungap, muka berubah menjadi biru, dan segalanya akan menjadi sangat mencemaskan. Semoga dilindungi Allah daripada berlaku perkara sebegini kepada bayi kita.

Bagaimana Terjadinya Tersedak Susu?

Tersedak susu terjadi apabila susu telah termasuk ke dalam salur pernafasan bayi dan seterusnya ke dalam paru-paru yang menyebabkan masalah pernafasan. Proses penyusuan pula melibatkan menghisap, mengumpul, mengunyah, dan menelan susu. Tersedak susu akan berlaku apabila bayi gagal untuk melengkapkan proses penyusuannya dengan lancar.

Secara amnya, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam mengetahui punca sebenar berlakunya tersedak susu.

a) Faktor Bayi

  1. Posisi bayi ketika menyusu dan pelekapan haruslah betul. Tanda pelekapan yang betul ialah, mulut terbuka luas, bibir melengkung keluar dan dagu mencecah payudara.
  2. Bayi menghisap susu terlalu laju.
  3. Bayi tidak disendawakan di antara dan selepas menyusu.
  4. Cara membaringkan bayi selepas menyusu ialah dengan meletakkan kepalanya pada sudut 45 darjah untuk mengelakkan muntah semasa tidur.

b) Faktor Ibu

  1. Susu ibu terlalu banyak semasa “forceful let down“. Dalam keadaan ini, bayi ada bunyi tersedak dan kadangkala tidak mahu menyusu langsung. Ini kerana bayi tidak dapat mengawal saluran pernafasan yang terbuka. Susu yang termasuk ke saluran pernafasan akan menyebabkan bayi terbatuk dan tersedak.
  2. Ibu boleh memerah sedikit susu sebelum memulakan penyusuan untuk mengelakkan susu yang terlalu banyak dan laju.

c) Faktor Botol

  1. Saiz puting botol yang tidak bersesuaian dengan peringkat umur. Saiz yang terlalu besar akan menyebabkan susu keluar dengan terlalu cepat sehingga bayi tidak dapat mengawal pernafasannya dan terus tersedak.
  2. Pantau bayi semasa menyusu. Pastikan bahagian hadapan puting susu dipenuhi susu agar bayi tidak menghisap air dan juga udara akibat kedudukan botol susu yang condong. Ini dipanggil “aerophagia” dan boleh menyebabkan bayi termuntah dan tersedak semasa tidur.

d) Faktor Posisi Badan

  1. Jangan mengayun-ayunkan badan bayi semasa menyusu.
  2. Kepala bayi ditinggikan sedikit daripada badan.
  3. Elakkan daripada meletakkan bayi telentang selepas menyusu.
  4. Jangan membiarkan botol susu yang terlalu lama pada mulut bayi tanpa pengawasan. Susu akan sentiasa keluar dan akan terkumpul di dalam mulut bayi. Apabila bayi bernafas, susu akan terus masuk ke dalam paru-paru sehingga boleh menyebabkan kematian.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Jadi, apa cara yang terbaik untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini?

Semak semula senarai faktor di atas, samada ibu bapa ada melakukan kesilapan di dalam teknik menyusukan bayi. Sekiranya ibu kurang pasti akan teknik yang betul, rujuklah kepada pakar kanak-kanak dan jururawat terlatih untuk mengenalpasti teknik yang betul dan bayi tiada masalah lain yang membimbangkan seperti klef bibir lelangit atau masalah injap di saluran pemakanan.

Sekiranya bayi ada menjalani perubatan kompleks seperti masalah jantung, rujuk kepada pakar tentang kesannya kepada tersedak susu.

Apa yang perlu buat jika bayi tersedak susu?

Letakkan bayi anda di atas tangan dengan muka ke bawah dan berikan 5 hentakan diantara tulang belikat. Jikalau bayi masih anda tanda tanda tesedak tetapi masih lagi sedar teruskan dengan “5 chest thrust”  seperti gambarajah dibawah.  Jika bayi tidak sedar – teruskan dengan “cardiopulmonary resuscitation”.

susu1

susu2susu3

Akhirkata jika anda berada dalam situasi berhadapan dengan bayi tersedak jangan panik, seboleh-bolehnya belajar “cardiopulmonary resuscitation” terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang perlu dibuat jikalau berhadapan dengan situasi sebegini.

Jikalau terpaksa meninggalkan bayi anda di pusat jagaan kanak-kanak – pastikan memantau pusat jagaan tersebut sebelum menghantar anak anda ke sana dan menentukan bagaimana penjaga mengendalikan bayi dan juga pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*