Antara Petua Yang Mudah Dilakukan Untuk Menghilangkan Masalah Bau Ketiak

Masalah bau ketiak ni kebanyakkannya bagi kaum lelaki tapi ada juga sesetengah perempuan yang ada masalah bau ketiak ini. Sekarang memang banyak di pasaran penjualan produk hilangkan bau badan serta ketiak ini, tapi tahukah anda terdapat banyak bahan kimia yang terkandung sesetengah produk dan ini boleh mengakitbatkan kulit rosak dan kadang ada warna hitam dibahagian ketiak bagi yang gemar menggunakkan produk terbaru. Tiada masalah penggunaan produk terbaru ni, cuma pastikan yang terbaik untuk anda.

Masih ramai lagi yang bermasalah walaupun dah guna pelbagai produk terbaru ini. Ada yang mengadu produk untuk wangian ketiak tak tahan jika berkerja berat dan lama, ketiak cepat basah serta berbau masam.

Sedikit info untuk hilangkan bau ketiak dengan baik berbanding menggunakan produk terbaru ni.

 

 

1.CUKA EPAL

Salah satu cara menghilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider’.

Cara menggunakan ialah tuangkan kedalam mangkuk atau satu bekas, celup dengan kapas atau putik kapas dan sapukan dibahagian ketiak. Boleh juga gunakan sewaktu mandi bilas sedikit dibahagian ketiak.  ia akan berbau masam sedikit pada awalnya, tapi ia amat untuk menghilangkan bau ketiak.

 

2.LEMON

Selain menghilangkan bau badan dan bau ketiak, lemon juga dapat mencerahkan dan mengembalikan warna yang kehitaman pada bahaian ketiak.

caranya hiris lemon dan sapu dengan perlahan di bahagian ketiak.

 

3.AIR MAWAR

Air mawar yang dibeli dari kedai atau buat sendiri pun bole digunakan.

Sapu dibahagian ketiak dan biarkan ia kering sendiri.

 

4.TAWAS

Tawas adalah sejenis Hablur yang berbentuk batuan dan ada juga yang dijadikan dalam bentuk serbuk.

Cara: Lalukan tawas pada air dan sapukan perlahan-lahan pada bahagian ketiak. Bagi tawas dalam bentuk serbuk, bole letakkan terus tapi jangan letakkan tawas dalkam kuantiti yang banyak. Tawas akan menghilangkan bau badan dengan cepat .

 

5.SENGKUANG

Boleh menghilangkan bau badan dan ketiak dengan masa 10 jam lamanya.

Cara : Kisar halus sengkuang sehingga jadi jus dan sapukan sedikit dibahagian ketiak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*