Anak Anda Berumur 10 Tahun Kebawah? Kenali Penyakit HFMD

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)).

 

Pengenalan HFMD

Penyakit ini biasanya berlaku dalam kalangan bayi dan budak-budak. Gejala HFMD ialah terdapat lepuhan (blister) pada tapak tangan, jari-jari tangan, mulut dan tapak kaki. Golongan kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah senang dijangkiti penyakit ini.

 

Penyakit HFMD disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

 

Penyakit ini selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendirinya. Namun begitu, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi radang otak dan jantung yang boleh menyebabkan kematian.

 

Tanda-Tanda HFMD

Kanak-kanak atau mereka yang dijangkiti HFMD menunjukkan lebih tanda-tanda seperti berikut.

  • Demam
  • Luka dalam mulut (Ulcer)
  • Ruam
  • Lepuh pada tapak tangan atau tapak kaki.
  • Sakit tekak
  • Rasa tidak sihat (Letih dan lesu).

 

Penularan Penyakit

Penyakit ini mudah berjangkit. Ianya mudah merebak melalui sentuhan (direct contact) kepada lelehan air hidung, air liur, tekak, air lepuhan (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti HFMD. Selain daripada itu, jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan pada permukaan serta alatan yang tercemar dengan virus tersebut.

 

Langkah-Langkah Pencegahan

  • Langkah pencegahan terbaik adalah dengan mengamalkan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran. Amalkan mencuci tnagan dengan sabun setelah bersentuh dengan orang yang telah dijangkati.
  • Bersihkan permukaan dan alatan ang tercemar mengunakkan air bersih dan sabun.
  • Jangan berkongsi barangan peribadi.
  • Elakkan direct contact dengan orang ang telah dijangkiti.

 

Rawatan HFMD

Tiada rawatan khusus bagi wabak ini.

  • Minum air secukupnya.
  • Guna air garam untuk berkumur-kumur.
  • Pengambilan Parcetamol bagi mengurangkan demam.

Sila berjumpa dengan doctor jika simptom berterusan keadan semakin parah.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*