Adakah Pemakaian Bengkung Masih Relevan? Jom Baca

 

Pengalaman berpantang bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak pastinya satu tempoh masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, sepahit apapun amalan berpantang, ian ya masih dilakukan dengan tekun dan rela oleh sebahagian besar ibu-ibu. Ini kerana amalan berpantang selama 44 hari dapat mengembalikan potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cerdas seperti sediakala dan tentunya dapat menarik  minat suami

11 TUJUAN MEMAKAI BENGKUNG SEMASA BERPANTANG

  1. Membakar lemak berlebihan, melangsingkan badan dan mendapat berat yang ideal
  2. Mempercepatkan pengecutan rahim
  3. Merampingkan kembali pinggang
  4. Membentuk potongan badan dan punggung.
  5. Menghalang perut masuk angin semasa berpantang.
  6. Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  7. Mengurangkan sakit pinggang.
  8. Membantu ibu-ibu agar boleh berdiri dan bergerak dengan selesa kerana bengkung bertindak sebagai “support” pada bahagian perut
  9. Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
  10. Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  11. Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan masa berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan.

CARA DAN TIPS PEMAKAIAN BENGKUNG YANG BETUL

  1. Sapu minyak /krim di bahagian perut,pinggul selepas berurut.
  2. Letakkan bengkung di sekeliling perut.
  3. Sambil berbaring,ikatkan bengkung bermula dari bahagian bawah ke bahagian atas.
  • Tujuan berbaring adalah untuk memudahkan proses mengikat lebih ketat kerana perut meleper semasa berbaring.
  • Tempoh pemakaian bengkung disarankan adalah selama 44 hari.
  • Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*