7 Langkah Mudah Menyediakan Kopi Menggunakan ‘French Press’.

Kopi semakin digemari oleh masyarakat di seluruh dunia. Tidak kira orang yang telah lanjut usia atau golongan muda. Ini terbukti dengan kelahiran kafe hipster yang menawarkan kopi sebagai hidangan utama tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh Malaysia. Namun, harga kopi berbeza dengan cara penyediaanya. Tidak hairanlah harganya yang meroket naik. Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi cara penyediaan kopi menggunakan French Press yang boleh anda sediakan sendiri di rumah. Manalah tahu, kopi yang anda hasilkan lebih sedap daripada kafe diluar sana. Selain menambat hati suami, anak-anak pasti akan kagum dengan skill Osem anda.

Bahan Yang Anda Perlukan :

  1. Penimbang digital
  2. Biji Kopi
  3. French Press
  4. Blender

Langkah 1

Blend biji kopi anda menggunakan blender. Blend tidak memerlukan masa yang lama kerana cuma perlukan saiz kopi yang kasar (coarse).

Saiz Kopi

Langkah 2

Dengan menggunakan penimbang digital, anda dapat menentukan nisbah pencampuran kopi dan air dengan tepat. kebiasaaanya, nisbah yang digunakan adalah  12 gram biji kopi : 200 ml air. Namun anda juga boleh mengubahnya mengikut selera anda.

Penimbang digital

Langkah 3

Masukkan  biji kopi anda yang telah diblend ke dalam French Press.
Langkah 4

Tuangkan air panas ke dalam Frenh Press. Suhu ideal untuk French Press 90-95 ° C.  Sekiranya ada, anda boleh menggunakan termometer untuk memeriksa suhu air anda.

Langkah 5

Setelah air di tuangkan, kacau kopi selama 30 saat. Setelah dikacau, tutup French Press topi tabung dan kemudian biarkan selama 3 minit.

Langkah 6

Setelah 3 minit berlalu, tekan plunger perlahan.

 

Langkah 7

Setelah plunger telah mencapai bahagian bawah, itu bermakna kopi anda telah siap.

 

Selamat menikmati kopi anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*