5 Tips Elakkan Masalah Rambut Gugur.

Rambut merupakan elemen penting dalam penampilan seseorang. Namun, rambut juga tidak lari daripada masalah seperti rambut gugur, kelemumur, rambut berbau, rambut bercabang dan sebagainya. Rambut gugur pastinya sangat membimbangkan dan membuat penampilan diri terganggu. Rambut gugur umumnya memerlukan waktu yang lebih lama untuk tumbuh kembali dibanding dengan rambut biasa yang akan tumbuh kerana dipengaruhi dari segi usia, hormon, kesihatan kulit kepala dan lain-lain.

Berikut merupakan 5 tips mudah mengelakkan masalah rambut gugur.

  • Elakkan Menyisir Rambut seusai bersyampu.

Usahakan untuk tidak menyisir rambut  usai bersyampu, karena rambut mudah sekali rapuh dan jika disisir jumlah rambut yang gugur lebih banyak dibanding dengan ketika menyisir rambut dalam keadaan kering. Saat bersyampu merupakan proses dari akar rambut untuk menyerap nutrisi yang terdapat pada syampu yang masuk melalui folikel rambut sampai ke akar rambut.

  • Urut Kepala Ketika Bersyampu.

Perbuatan mengurut kepala ketika bersyampu amat digalakkan. Ini kerana selain dapat menghilangkan kotoran dibahagian kepala, kulit kepala akan menjadi lebih rileks dan ini memudahkan nutrient daripada syampu menyerap masuk.

  • Kurangkan Penggunaan Minyak Rambut dan Gel 

Penggunaan minyak rambut dan gel sangat penting dalam penggayaan rambut. Namun tanpa kita sedari, penggunaan secara berlebihan menyebabkan rambut mudah kotor dan pertumbuhan rambut tidak sihat. Oleh itu, kurangkan penggunaan minyak rambut dan gel dan cucilah rambut anda selalu untuk memberi ruang kepada rambut untuk tumbuh dengan alami.

  • Jangan Mencuci Rambut Ketika Berkeringat   

Adakah anda seorang yang rajin bersukan? Jika ya, tentulah anda banyak berkeringat. Sebaiknya, sebelum mandi,pastikan keringat anda telah kering. Sekiranya anda terus mandi selepas bersukan, peluh pada rambut anda akan bercampur dengan air mandian lalu menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

  • Bebaskan Rambut Anda daripada Aksesori

Seperti tanaman, rambut juga memerlukan ruang untuk bernafas. Ketika tidur, disarankan untuk tidak mengikat rambut.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*