3 Cara Mudah Semak Saman di Jalanraya.

Berikut merupakan cara mudah untuk memeriksa saman anda sekiranya ada.
Panduan Semakan Melalui SMS
1. Semak saman PDRM Melalui SMS
PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :
  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
  • Contoh: POLIS SAMAN 881111122111 atau POLIS SAMAN WWW1234 
Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
  • Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 jengo88@yahoo.com
* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima
2. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS
JPJ juga menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS. Anda boleh lakukan semakan dengan cara berikut:
  • Taip JPJ your IC Number and send to 37773
  • Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773 
Atau dengan cara berikut:
  • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
  • Contoh: JPJ SAMAN 881111122111 atau JPJ SAMAN WWW1234

Panduan Semakan Secara Online

1. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM
  • Untuk yang sudah mendaftar – boleh login di SINI
  • Untuk belum mendaftar sila daftar di SINI
2. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi JPJ
  • Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan
3. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) & JPJ serta Pembayaran Saman Online Melalui MYeG
Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman.
Anda boleh pergi ke laman berikut: MyEG Services Berhad
Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda
Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
  • Tekan butang Daftar Sekarang: Register Now
  • Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)
  • Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*