Resepi Nasi Goreng USA

Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng USA adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng USA singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan “USA” adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan USA, makanan ini tidak mempunyai asal usul dari negara USA.

Walau bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir USA itu sehingga memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu nasi goreng, sedikit lauk (sama ada ayam, atau daging) dengan telur goreng. Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari nanti? Jom masak nasi goreng USA.

Resepi Nasi Goreng USA

Bahan Nasi

  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi

  • Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
  • Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Bahan Daging masak merah

  • 300gm daging ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji capsicum ~ dihiris
  • 1 biji tomato ~ dipotong 6
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 sudu cili sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak.

Cara penyediaan daging

  • Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
  • Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
  • Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.

Selamat Mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*